Bagi SYAKIR selain untuk menyihatkan tubuh badan riadah mempunyai beberapa fungsi lain:-
- Medan pertemuan dengan ahli-ahli baru dan lama. Semasa bertemu ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah.
- Aktiviti riadah mingguan juga boleh dijadikan medan mengumpul mad’u yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah.
- Program riadah diakhiri dengan tazkirah yang menjadi suntikan rohani dan motivasi kepada ahli-ahli. Oleh itu ahli-ahli yang tidak bersukan juga dapat manfaat daripada kehadirannya dalam program riadah.
- Program riadah dapat membentuk akhlak muslim. Ketika bersukan pastinya akan ada kekasaran. Kadangkala juga seorang akh akan diuji sejauh mana dia jujur dengan kesalahan yang dilakukannya ketika bersukan. Oleh itu dari kekasaran akan terbentuknya sifat kemaafan dan kejujuran menanamkan sifat sering merasai pemerhatian oleh Allah (ma’iyatullah).
- Penghayatan terhadap kepentingan riadah pula adalah sebahagian daripada fikrah Islam yang syumul. Sebuah organisasi yang membawa fikrah yang syumul harus merialisasikan apa yang didokongnya. Riadah juga adalah simbol kepada ciri-ciri tamaiyyuz (perbezaan) sesebuah organisasi dakwah.
- Kehadiran ikhwah senior ketika riadah pula boleh menjadi qudwah kepada yang baru. Walaupun dalam kesibukan dalam kerja dakwah dan meningkatnya usia, kehadiran mereka dalam program riadah cukup dirasai dan dihargai oleh generasi pelapis dakwah.
Dan disana banyak lagi kebaikan untuk dakwah yang lahir daripada program riadah. Oleh sebab itulah Imam Hassan Al-Banna telah menjadikan riadah sebagai salah satu wasilah kepada tarbiyah dan meletakkannya sebagai salah satu wajibat al-akh muslim.
“Akhi, lutut enta tengah sakit tu masih nak main juga ke?” Tanya seorang sahabat, risau. “Alah.. sakit sikit je nak banding dengan kesakitan dan kecederaan pejuang di Palestin” sahut Ikhwan bersahaja sambil memakaikan ‘knee guard’ ke lututnya.
No comments:
Post a Comment