Tuesday 24 January 2012

" Kebangkitan Pemuda ISLAM "


Pemuda digambarkan sebagai seseorang yang sedang melalui satu peringkat tumbesaran di mana kekuatan fizikal, mental dan spiritual berada pada tahap yang paling optimum. Zaman ini merupakan satu peringkat seseorang manusia mampu mencari resolusi terbaik buat menangani masalah yang didepani.

Pemuda digambarkan sebagai unsur kekuatan dan menjadi tiang seri kepada pembangunan umat. Pemuda Islam bukan setakat mampu menghadapi gelodak cabaran namun terpikul dipundaknya risalah Islam yang merupakan risalah Nabi Muhammad S.A.W dan risalah Al-Quran .
Firman Allah :
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya, maka sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. ( al- Kahfi : 13 )

SIAPAKAH PEMUDA ISLAM ?
Pemuda Mithali Sepanjang Zaman
Nabi Ismail a.s
Al-Quran jelas menceritakan kisah pengorbanan pemuda mulia ini yang sanggup menuruti perintah Allah seperti yang diimpikan oleh bapanya. Hatinya tidak terdetik untuk membantah perintah Allah. Ketaatan kepada agama anutannya adalah mutlak.
Hai anakku, sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu. Hai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. ( as Saffat : 102 )
Nabi Yusuf a.s
Walaupun ditawarkan dengan keghairahan oleh wanita bangsawan yang jelita namun Nabi Yusuf tetap tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan.
Baginda lebih rela disumbat ke penjara dengan penuh kehinaan walaupun peluangnya untuk melepaskan diri terbuka luas jika baginda menuruti kehendak wanita tersebut. Antara dua ujian – ujian dunia ( dipenjara) atau ujian agama (zina),baginda memilih untuk menghadapi ujian dunia.
Aku mohon berlindung kepada Allah,sesungguhnya tuanku telah memperlakukan aku dengan baik,sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang zalim. (Yusuf: 23)
Ini merupakan dua contoh daripada ramai pemuda-pemuda Islam mithali yang seharusnya menjadi idola kepada pemuda Islam keseluruhannya.

Pertama : Tanggungjawab Memahami Islam
Tanggungjawab ini telah digariskan oleh agama. Pemuda-pemuda perlu mempelajari ilmu agama namun diwaktu yang sama tidak meninggalkan bidang pengkhususan masing-masing.
Pemahaman yang tepat terhadap Islam akan mengelakkan mereka daripada menambah perkara-perkara yang tidak bersangkutan dengan agama dan dinamakan dengan Bid’ah Hasanah. Pemahaman yang tepat juga mengelakkan pemuda-pemuda daripada mengurangkan dan mengubahsuaikan agama supaya menepati selera mereka.
Sabda Nabi S.A.W :
Barangsiapa yang melakukan sesuatu perkara baru dalam urusan kami ini, perkara yang tidak bersangkutan dengannya, maka ia tertolak.
Pemuda-pemuda harus membezakan antara perkara tunjang dengan cabang. Mereka juga sepatutnya mendahulukan perkara yang lebih utama berbanding perkara yang remeh temeh. Keupayaan membezakan antara halal dan haram, fardhu dan sunat, makruh dan harus sepatutnya menjadi pertimbangan pemuda-pemuda Islam.
Pemahaman ini tidaka akan diperolehi dengan tepat melainkan jika sumber yang digunakan adalah Al-Quran dan Sunnah, bukannya cerita-cerita Israiliyat, riwayat-riwayat dhaif, hadis-hadis ciptaan ataupun ilham peribadi.
Lantaran itu, belajar adalah satu perkara yang wajib dan menjadi wasilah untuk mendapat kefahaman yang jelas terhadap agama dan pengetahuan yang lain. Sebagai contohnya, pemuda-pemuda tidak lari daripada mempelajari hokum-hukum bersuci, sembahyang dan puasa.
Mereka juga tidak boleh lari daripada mempelajari hukum-hukum haji. Seandainya pemuda-pemuda ini seorang yang berharta maka wajar bagiya untuk mempelajari hokum zakat dan jika pemuda tersebut seorang usahawan maka wajib baginya mempelajari hokum-hukum yang berkaitan dengan keusahawanan.
Pemuda-pemuda juga harus belajar daripada pengalaman-pengalaman orang-orang terdahulu dan mengambil seerah Rasulullah sebagai panduan di dalam urusan hidupnya. Namun akibat kecuaian umat Islam suatu ketika dahulu, pemuda-pemuda lebih mengetahui sejarah barat. Malah memalukan kerana mereka engenali Napoleon lebih baik berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Mereka tidak mengetahui melainkan kekejaman Islam dan terpesona dengan peradaban Barat.
Dari sinilah bertolaknya kewajipan pemuda-pemuda Islam untuk memahami Islam diajar secara berperingkat-peringkat. Begitulah juga dengan amalan untuk melaksanakan ajaran Islam. Pemuda-pemuda Islam bolehlah berpada dengan amalan fardhu, kemudian melakukan amalan sunat dan nawafil. Selepas itu mereka cuba untuk melengkapkannya dengan bangun malam dan melipatgandakan amalan-amalan sunat.

full-time-muslim


Demikian jugalah dari segi meninggalkan tegahan Allah. Pemuda-pemuda Islam memulakannya dengan meninggalkan perkara-perkara yang jelas haram dan diikuti dengan perkara-perkara syubhat dan makruh dan akhir sekali meninggalkan kebiasaan perkara-perkara sia-sia yang mungkin pada pandangan umum merupakan kebiasaan yang tiada salahnya.
Dia patut memahami Islam sehingga dia mampu menolak sebarang bentuk keraguan dan salah faham terhadap agama Islam. Selain daripada itu, dengan pemahaman yang jitu pemuda-pemuda akan mampu untuk memahamkan orang-orang lain dan menangkis tohmahan orang-orang sesat.

Kedua : Tanggungjawab Beramal Dengan Islam
Pohon yang rendang tidak bermanfaat seandainya tidak mengeluarkan buah. Begitulah perumpamaan seorang yang berilmu tetapi gagal beramal dengan ilmunya. Janganlah pemuda Islam menjadi bahan tempelakan Allah seperti Allah menempelak bangsa-bangsa terdahulu yang menerima kitab samawi dan mereka belajar tentangnya tetapi tidak dengan ajaran yang dipelajarinya.
Firman Allah :
Perumpamaan orang-orang yang dipikul ke atas mereka Kitab Taurat , kemudian mereka tidak memikulnya (tidak beramal dengan kandungannya) adalah seperti kaldai yang membawa kitab-kitab tebal. Amat buruklah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu dan allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. ( al Jumu’ah : 5 )
Dakwah Islamiah lebih cepat tersebar melalui Qudwah yang baik yang terpancar melalui akhlak-akhlak dan perilaku umat muslimin. Seandainya pemuda Islam gagal untuk beramal dengan ajaran Islam yang telah dipelajari dan difahaminya, maka usaha penyebaran dakwah akan terbantut. Islam amat indah jika dibaca di dalam buku tetapi dek kerana kesilapan penganutnya yang enggan beramal dengan ajaran Islam secara total maka tampaklah keburukan umat Islam.
Amat menyedihkan umat islam kini tatkala mendengar kata-kata seorang Barat yang baru menganut agama Islam ; “ Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengenalkan aku kepada Islam sebelum aku mengenali orang-orang Islam”.


Ketiga : Tanggungjawab Berdakwah Kepada Islam
Tidak cukup untuk seseorang pemuda memahami Islam dan berjaya membentuk dirinya menjadi seorang yang soleh tetapi dituntut daripada mereka untuk memikul beban dakwah Islam.
Firman Allah :
Hai anakku ! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah manusia mengerjakan kebaikan dan cegahlah ( mereka ) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. (Luqman : 17 )
Dewasa ini kejahilan yang melata di dunia menuntut pemuda Islam untuk menjadi seorang pekerja agama buat mengembalikan manusia kepada pengalaman Islam yang mutlak. Tugas ini bukanlah satu tanggungjawab yang ringan dek kerana halangan-halangan daripada manusia sendiri yang bebal untuk menerima Islam sebagai agama yang sempurna. Namun dalam melaksanakan tanggungjawab ini pemuda Islam harus sedar bahawa tiada satu dakwah pun yang tidak akan ditentang. Pemuda Islam harus sedar tiada tugas yang lebih besar yang menanti mereka daripada melaksanakan tanggungjawab berdakwah ini.
Firman Allah : Siapakah yang lebih baik perkataan daripada orang menyeru kepada Allah, mereka mengerjakan amal soleh dan berkata “ Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang menyerah diri “. ( Fussilat : 33 )


Keempat : Tanggungjawab Bersatu Kerana Islam
Pemuda-pemuda Islam yang berkefahaman jitu dan sanggup bekerja untuk Islam seharusnya bertanggungjawab untuk saling Bantu membantu sesame pekerja Islam dan sama-sama berusaha untuk mengembalikan keagungan Islam. Tugas ini amatlah berat dan cita-cita ini tidak akan tercapai sekiranya pekerja-pekerja Islam bergerak secara bersendirian. Islam memerlukan pekerja yang bergerak secara berkumpulan dan jiwa pekerjanya diikat dengan tali kasih sayang dan ukhuwwah walaupun terdapat perbezaan corak kerja antara kelompok-kelompok Islam.
Sekiranya golongan kafir mampu untuk bersatu menentang Islam,kenapakah petugas-petugas Islam tidak mampu berganding bahu dan saling bantu membantu untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah ?
Firman Allah :
Dan orang-orang kafir sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Jika kamu ( orang-orang Islam ) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu,nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar. ( al-Anfal : 73 )
Akhir kata inilah empat tanggungjawab yang mesti dilangsaikan oleh pemuda Islam. Mereka sepatutnya memeriksa setiaptanggungjawab ini di dalam dirinya; adakah semua tuntutan ini sudah ditunaikan ataupun pernahkah dia melaksanakan tanggungjawab ini ?. Berbanggalah mereka tatkala hari kemenangan Islam tiba dan mereka merupakan penolong agama allah.
Dan di hari itu bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah. Dia yang menolong sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Pengasih ( ar- Rum : 4-5 )

Semoga kita menjadi batu bata kepada binaan Islam..pewaris Generasi Solahuddin al-Ayyubi…

"Kemanisan IMAN "




Kelazatan iman (Halawatul Iman) tidak boleh dirasai jika kita tidak memulakan langkah untuk memahami hikmat di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mengapa dan bagaimana kita lakukannya.
Kesedaran diri adalah kata awalan terhadap setiap amalan yang kita buat.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih)
Anas berkata, “Aku melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun, Baginda tidak pernah memukulku, tidak pernah mencelaku dan tidak pernah bermuka masam di hadapanku. Rasulullah SAW mendoakan Anas dikurnia harta dan anak yang ramai dan doa Baginda dikabulkan Allah.
Makna hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.
Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata:
“Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon,
seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)
Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan,
cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan,
daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin,
dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.
Manisnya buah ketika buah sudah matang,
dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak.
Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu.
Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.
Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman
Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan,
tetapi wajib dimantapkan dalam hat
dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati.
Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas.
Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:
l Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.

 l Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.

 l Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan.

 l Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.

 l Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh

 l Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.

Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki sesiapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman. Cinta Allah dan Rasul-Nya adalah kayu ukur bagi kecintaan terhadap diri sendiri, orang tua, anak dan seluruh manusia.
 Suatu ketika Saidina Umar berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.”
Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.”
Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.”
Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Anas juga meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”
Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh. Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran cinta kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal
Saling mencintai kerana Allah mempunyai hak yang harus ditunaikan antaranya membantu memenuhi keperluan saudaranya dan menolong pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.
Sentiasa mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak sombong dan tinggi diri. Jalinan seorang Muslim dengan Muslim lain dibangun atas landasan cinta kepada Allah.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Baginda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah antaranya: “Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.”

Thursday 11 August 2011

" RaMaDhAN aDaLah BuLaN kEbErKaTaN "


Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka





Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
 bulan Rahmatbulan pengampunan danbulan pembebasan dari api neraka datang lagi. Syukur kita tak terhingga kepada ALLAH SWT kerana masih memilih kita bertemu dengan bulan yang ditunggu dan dirindui bulan Ramadhan. Adalah lebih baik kita memulakan bulan Ramadhan dengan memohon maaf kepada ibubapa, suami kepada isteri, isteri kepada suami, jiran-jiran, kaum keluarga, sahabat dan musuh kita.
Setelah anak bulan puasa kelihatan marilah kita berazam supaya Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya kerana belum tentu Ramadhan tahun depan kita diberi peluang untuk bertemu.






Dosa-dosa di bulan Ramadhan 




Pada bulan Ramadhan kita telah diwajibkan untuk melakukan ibadah puasa. Tapi adakah ibadah puasa itu hanya dengan tidak makan dan tidak minum sahaja? Ramai orang yang berpuasa Ramadhan tapi mereka tidak mendapat pahala ibadah puasa melainkan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.



Ini kerana ramai orang yang berpuasa sekadar tidak makan dan tidak minum semata-mata. Tapi anggota pancaindera lain seperti mata, lidah, telinga dan anggota tubuh badan yang lain tidak berpuasa. Ada orang yang berpuasa tapi tetap melakukan kemaksiatan dan mendapat dosa. Dosa-dosa inilah yang akan menghilangkan pahala ibadah puasa dan akan menjadikan orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali mendapat lapar dan dahaga sahaja.






Mata Melihat Perkara Kemungkaran
Kita mempunyai sepasang mata yang cantik dan hebat untuk melihat. Mata kita boleh menjadi tempat kemaksiatan jika ianya tidak dijaga dengan sebaiknya. Mata akan menjadi tempat maksiat jika kita melihat perkara-perkara yang diharamkan seperti melihat orang mendedahkan aurat, melihat hiburan yang melalaikan dan sebagainya. Memang seronok pada pandangan mata tapi dosa yang akan kita perolehi jika melihat perkara-perkara kemungkaran.
Pada bulan Ramadhan ini kita hendaklah menahan mata kita dari melihat perkara-perkara kemungkaran seperti menonton televisyen melihat rancangan hiburan yang melalaikan kita. Banyak rancangan berbentuk hiburan yang melalaikan kita sehingga kita sendiri tidak sedar yang kita telah berjam-jam menghabiskan masa dengan sia-sia begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Kita perlu bijak memilih rancangan yang boleh memberi manfaat kepada diri kita dan mengelakkan mata kita dari melihat kemungkaran.





Lidah Bercakap Perkara Buruk
Lidah adalah tempat yang sangat bahaya jika ia tidak dijaga. Lidah manusia jika tidak dijaga boleh membawa kepada sifat yang keji seperti mencaci, mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Ia boleh membawa kepada pergaduhan, perpecahan dan permusuhan. Perbuatan fitnah pula adalah satu dosa besar. Ramai orang yang akan saling benci membenci antara satu sama lain jika lidah tidak dijaga.
Dosa-dosa dari lidah kita tidak akan terlepas selagi kita tidak memohon maaf kepada orang yang telah kita lakukan dosa itu. Oleh itu, jauhilah sifat-sifat keji yang datang dari lidah ini. Gunalah lidah kita untuk bercakap perkara-perkara yang baik kepada orang lain. Tambahkan amalan melalui lidah ini dengan menyebut nama Allah bagi mendapat pahala dibulan Ramadhan ini.



Telinga Mendengar Perkara Melalaikan


Begitulah juga dengan telinga manusia. Telinga boleh menjadi tempat maksiat jika mendengar perkara-perkara buruk seperti mendengar orang mengumpat, menfitnah, bergosip dan lain-lain. Telinga juga boleh menjadi tempat yang melalaikan jika banyak mendengar lagu-lagu yang tidak bermanfaat. Memang seronok didengar oleh telinga kita tapi ia mungkin tidak membawa manfaat langsung kepada kita.
Pada bulan Ramadhan ini bukankah lebih baik jika telinga kita digunakan untuk mendengar perkara-perkara baik seperti mendengar bacaan Al Quran, tazkirah ilmu, zikir dan sebagainya. Ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. Jika kita banyak mendengar perkara baik yang mendekatkan kita kepada Allah, maka pahala besar yang akan kita perolehinya.






Tangan Dan Kaki Melakukan Perkara Haram
Anggota badan manusia seperti tangan dan kaki jika tidak dijaga boleh mengakibatkan seorang manusia itu melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam islam. Jika tidak dijaga tangan manusia boleh mengambil hak orang lain seperti mencuri harta hak milik orang lain sama ada sengaja atau tidak sengaja. Kaki manusia pula jika tidak dijaga akan membawa diri manusia pergi ke tempat-tempat maksiat.


Banyak amalan yang boleh dilakukan bagi menambah pahala ibadah puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini. Gunakan tangan yang kita ada untuk menghulurkan sedekah kepada orang lain yang memerlukan. Bantulah orang lain yang memerlukan pertolongan. Kaki yang kita miliki hendaklah selalu digunakan untuk membawa kita ke tempat-tempat ibadah bagi menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah di masjid.


Hati Banyak Melakukan Kemaksiatan
Hati manusia adalah anggota yang paling penting untuk dijaga. Jika hati manusia itu sudah rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan yang lain. Hati seorang manusia itu akan menjadi rosak jika dia banyak melakukan maksiat dan dosa tanpa bertaubat dari dosa-dosa yang telah dilakukan. Jika hati banyak melakukan kemaksiatan maka akan semakin jauhlah kita dari mendapat hidayah Allah. (Malah hati yang sudah rosak tidak merasa segan atau malu apabila melakukan maksiat).
Kita seorang manusia sememangnya tidak terlepas dari melakukan dosa. Tapi kita juga diberikan akal oleh Allah untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Hati orang yang beriman akan sentiasa memilih untuk melakukan kebaikan. Kita hendaklah menahan hati kita dari melakukan kemaksiatan.  Ambillah keberkatan pada bulan Ramadhan ini untuk membersihkanlah hati kita dengan solat dan berdoa memohon keampunan dosa-dosa kepadaNya.
Kita perlu berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Hati yang baik akan sentiasa mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. (Mata akan melihat perkara-perkara baik), (lidah akan menyebut perkataan yang baik dan membaca Al Quran), (telinga akan banyak mendengar dan menerima ilmu), (tangan akan menjadi ringan untuk bersedekah dan kaki akan selalu menjejaki masjid untuk melakukan ibadah).
Bagi mendapatkan kenikmatan sebenar bulan Ramadhan ini kita perlulah berusaha menjaga anggota badan dan hati kita seluruhnya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bulan Ramadhan ini bukan hanya kita puasa menahan lapar dan dahaga sahaja tapi hendaklah kita menahan anggota badan yang lain dari menurut nafsu yang sentiasa mengajak ke arah kemaksiatan. Keimanan dan ketakwaan kita pada bulan Ramadhan bukan hanya dilakukan pada bulan Ramadhan ini sahaja tapi  ia hendaklah dilakukan dan diteruskan setiap masa pada bulan-bulan lain sehinggalah kita meninggalkan dunia ini.



Saturday 4 June 2011

" iNiLaH eRtI SaHAbAT " ....

Bismillahirrahmanirrahim ...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ,
Moga dalam rahmat-Nya,
InsyaAllah ...


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”








Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


 Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.







sahabat bukan untuk dijadikan teman semasa susah sj.. tetapi semasa senang..
ade dikalangan manusia hanya mencari teman sewaktu dalam kesusahan..
bila senamg sahabat yang selama ini bersusah dengan nya langsung tidak dihiraukan..
manusia2




Kerana itu agama telah memberi panduan yg cukup lengkap dalam segala selok kehidupan. Satu kesan daripada sifat-sifat takwa (hati yg takut pada Allah atau orang yang beriman), seseorang itu tidak akan menganiayai sahabatnya sendiri dan mempersiakan amanah atau kepercayaan yg diberi.
Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” (Al-Hajj : 38)
Sedaya upaya, pilihlah sahabat yg membimbing jalan ke syurga. Memberi sokongan di dunia, memberi manfaat di akhirat.
Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari kesilapan. Tetapi manusia itu punyai hati, perasaan insaf (conscience) dan jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri jika berlaku kezaliman. Orang mukmin menyelesaikan masalah atau konflik dengan akhlak yang mulia. Tidak sekali-kali ‘habis madu sepah dibuang‘. Berusahalah dengan hati yang ikhlas, jika sahabat tidak menghargai diri kita, bertawakkallah & doakan dirinya. Hanya Allah yang akan memberi petunjuk dan pertolongan. Ujian kehidupan di dunia yang fana’ ini akan menapis teman-teman yg benar2 jujur terhadap diri kita.


dlm arus moden skrng ni memang sukar utk mencari sahabat sejati….byk yg ada cuma mendorong kita kelembah kemaksiatan…. sedangkan kita memerlukan seorg sahabat tuk sama2 tolong-menolong, tegur-menegur n nasihat-menasihati…. tp yg kita ramai terjumpa adalah kawan yg mencari kesilapan n kelemahan kita jer…..bkn ikhlas terima kekurangan kita n cuba bantu kita dekatkan diri kepadaNYA…. bila kita ada mslh…kita akan ditinggalkan tp bila kita diperlukan, ramai pula yg dtg tanpa diminta…… adakah persahabatan sekadar untuk cari kepentingan saja????….. tepuk dada tanya la hati…..


p’sahabatan itu seperti tangan dan mata
saat tangan t’luka, mata menangis,
saat mata menangis tangan akan menghapusnya,,,
dan p’sahabatan yang senantiasa abadi adlah p’sahabatan yg dibingkai dgn indahnya ukuwah islam..

sahabt kadang2 kita berasa bosan untk bersahabt, namun aku bersyukur kerana mempunyai 5 sahabat yang betl2 pelik, mereka hanya thu merisaukan keadaan sahabatnya, namun aku temui 1 pekara yng pelik dan sahabt yang betl2 memalukan diri ku sendiri sehingga aku berasa kekecewaan yang teruk. aku mula menjejakaan kaki ke sebuah ipts pada usia 18 thn, pd mulanya aku tidk mempunyai kwn 2 mane2 sahabat disana namun aku mula mengenali seorg gds yg kurus dan manja pd mulanya aku begitu senang dgn dia namun, pd satu masa dia bersikap suka merajuk apabila ditegur, bersikap sombong dan kurang ajar dgn org yg lebih tua, sikap nya yg suk bergurau melebihi batas itu agak memaksa aku utk menegurnya namun siapa thu manusi sering lupa bahawa kita bukan yg terbaik. sehingga aku ketahui dia bnyk mengumpat aku di belakang ku, aku berdian diri sehingga aku tdk thn lalu menceritakan hal ini kpd org tua ku dan org tua ku menyuruh supaya brsabar. tpi ingtlahlh sahabt rambut manusia dpt d lihat tpi bukan hati, tidk semua manusia bolh bersabar. bak kate org tua2 kerana pulut badan binasa kerana mult badan binasa jngn sampi satu hari doa sahabat mu yang terasa dianayai di makbulkan allah . cuma aku doakan hidup mu selamta.dan semoga allah dpt membantu aku supaya lbih berani menghadapi dugaan hidup ini.



sahabat adalah Apabila kta dalam ksusahan da akn mmbri kta ptnjuk dan akn mghbr kta smpi kta mrsa btpa gmbrya hati kita mmpnyai sahabat sejati untk slamya.


sahabatku

indahnya dunia dapat dilihat dengan mata
indahnya hati tak semua orang dapat merasa
indahnya cinta tak semanis namanya
tapi indahnya persahabatan tak ternilai harganya
miss


entah kenapa,sahabat adalah yang paling penting dalam hidup kita???sedangkan sahabatlah yang sering menghancur dan mengecewakan kita???kenapa susah untuk kita menemui sebenar2 sahabat sejati???kenapa???



adakalanya pengorbanan perlu bg seorang sahabat..namun kdg2 rasa pengorbanan tu tak dirasai oleh sahabat kita,tapi kalau dah syg.apa2 pun kita sanggup asalkan tak membelakangi Allah.walaupun kita rasa dikhianat,kita perlu fikir balik,adakalanya kita tak jujur pada diri sendiri dan sahabat sendiri..
AKU MENCINTAI SAHABATKU KERANA ALLAH..
WALAUPN AKU RASA DIA TAK MENGERTI DIRI INI NAMUN SAHABATKU INI SENANTIASA INGATKAN KU PADA ALLAH..
AKU MULA MEMPUNYAI SAHABAT PADA TAHUN LEPAS…

                                                                      sahabat sejati
adalah sahabat yang tidak punya hati nurani untuk menusuk dari belakang atau menjadi duri dalam daging dan tidak memiliki rasa iri dan dengki. Saling memberi dan saling menerima tanpa ada embel-embel azas pemanfaatan.