Friday, 3 June 2011

                                               ibu , ibu , ibu ...janganlah sedih-sedih ye !!!

" CoUpLe ... ??? "

Bismillahirrahmanirrahim ... 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 
Moga dalam rahmat-Nya
InsyaAllah ..AMIN 





Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian terdapat beberapa sebab yg mendorong mengapa "couple" terjadi:

1. Byk sekolah/pusat pengajian di mana perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dlm syarak.

2. Perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber”couple” asalkan tak melanggar batas2 syarak. Nauzubillah..Pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung..so tak pe la..dosa pun sikit jer..nanti dah kahwin settle dan taubat le..saya bab ni yg payah nak jawab..ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah..kita nasihat kot sini dia corner kot lain..byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3. Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. Hasil drpd didikan/pentarbiyahan Islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner..maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata “tak pe le..dia org dah besor..dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk..bior le..” Betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk..tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan.

4. Bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap..maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka..tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian..lepak dgn tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..), ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang..tu dia, ketawa kalah lelaki..lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu..lelaki apa lagi..ada chance ni..

5. Ramai perempuan semakin berani..berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki, maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend..mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6. Ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa..lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek..faktor sekeliling mempengaruhi suasana..

7. Lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng"ayat" awek..lelaki ni biasa le EGO..ego tak kena tempat..

8. Haaa..ni paling memalukan kaum lelaki..lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2..ye le dah usaha sikit punya susah nak meng"ayat"/men"tackle", awek tu pun accept le mamat tu. Ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng"ayat". Maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. Pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9. Ada kaitan dgn fakta ke-8..perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia..tolong nie tolong tu, tolong buat assignment ke sbg contoh. Bila lelaki yg dok tolong tu "ayat" sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut..yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu..

10. Fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber"awek" disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur..tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain..ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati..

" No COUPLE until Nikah "




Alhamdulillah niat bagus..tapi niat tak boleh menghalalkan cara..yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Numan bin Basyir ra: sabda Rasulullah S.A.W"Sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya..." (Mutfaqalaih)

Cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

Wallahualam...

" KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH " ....


Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.
Wallahu a’lam.

" KELENGKAPAN SEORANG MUSLIM " ....IALAH



     
                                          Bismillahirrahmanirrahim ...Assalamualaikum W.T.B ..
                                 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 
                                                         Moga semua dalam rahmat-Nya 
                                                                          InsyaAllah ....


" ISU PEMBUANGAN BAYI YANG SEMAKIN BERLELUASA " ...=)

Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.
Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Negara kita dah lebih sedekat merdeka tapi segelintir masyarakyat, fikiran mereka masih lagi dijajah dengan pengaruh budaya barat. Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkahperkahwinan di usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. Apa pandangan anda?

" INSAN YANG TIDAK BERSALAH " ...PATUTKAH ???

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ....


Ya Allah " Mengapakah insan yang tidak bersalah di lakukan sebegini ??? "...
Ya Allah " Patutkah kita menghina insan ini ??? " SUBHANALLAH ....
Ya Allah " Kenapa berlakunya perkara sebegini ??? "
Ya Allah " Adilkah kita ini ??? " 

                                                 
 Sanggupkah kita melihat perkara sebegini berlaku terhadap insan yang tidak bersalah ini ???


Patutkah kita membiarkan perkara ini terus berleluasa ???




 Seharusnya kita memberi kesempatan kepada insan yang tidak 
bersalah ini , untuk menikmati segala nikmat yang ada di muka bumi Allah ini .....